Skip to main content

Cara buat kek coklat kukus moist yang mudah.

Resepi Kek Coklat Kukus Moist dan Mudah

Jika anda pernah mencuba tapi gagal, atau belum pernah belajar cara buat kek coklat kukus moist dan mudah ini, anda berada di tempat yang betul kerana berikut adalah resepi atau cara membuat kek tersebut.

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan buat kek coklat:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur

Bahan-bahan buat topping kek coklat kukus:
- 300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
- 2 sudu besar butter
- 1/4 cawan air panas 

Cara buat kek coklat kukus:
  1. Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana.
  2. Bila dah sebati, sejukkan.
  3. Lepas tu, pukul telur sampai kembang.
  4. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.
  5. Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas foil.
  7. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  8. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana.
  9. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Kek coklat kukus siap dihidangkan.
Cara buat topping kek coklat kukus:
  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan 15 - 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
  7. Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
  8. Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  9. Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.
Sekian resepi kek coklat kukus moist yang mudah untuk anda, selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Kek Coklat Moist Versi Bakar

Kek Coklat Moist Versi Bakar 2cawan tepung gandum 1cawan minyak masak 1cawan susu pekat 1 cawan air panas 1 cawan serbuk koko 1/2 cawan gula 1sdk ovalet 1sdk esen vanila 1sdk soda bicarbonate 1sdk baking powder 2biji telur CARA2NYA*:* Mix/Blendkan telur ovalet esen vanila bersama gula hingga kembang masukan pula susu mix lagi masukan pula minyak mix sebati..       Ayakkan tepung bersama serbuk koko baking powder soda bicarbonate baru dicampurkan dengan bahan mix tadi bersama air panas sedikit2 hingga habis kacau bagi rata dan sebati masukan dalam loyang/acuan yang disapu minyak dulu bakar dengan suhu 160' selama 1 jam atau hingga kek masak. Bergantung pada oven masing-masing (oven panaskan dulu) TOPING COKLAT*:* 1/2 cawan serbuk koko 1/2 cawan susu pekat 2sdm minyak masak sedikit susu cair/air Kacau semua bahan diatas api kecil hingga likat dan berkilat tuangkan keatas kek tadi perlahan2 dan hia

How to the most amazing choclate cake?

How to the most amazing choclate cake?

Kek Marnilla

Resepi ini adalah cadangan untuk 3 orang. Resepi asal bagi menyediakan kek ini menggunakan 45g gula. Kandungan gula telah dikurangkan kepada 25g gula. Bagi kelihatan menarik, kek bolehlah dihiasi dengan buah-buahan kering seperti kismis. Bahan-bahannya :- * 120g Tepung Gandum * 45g Marjerin * 25g Gula halus * 1 biji telur * 2 - 3 sudu teh Susu segar * 1 sudu teh Serbuk penaik * 1/2 sudu teh Esen vanila Caranya :- 1. Campurkan marjerin dan tepung gandum sehingga sebati. 2. Tambahkan gula halus dan kacau rata. 3. Masukkan telur dan esen vanila. 4. Campurkan susu segar untuk menjadi adunan pekat. 5. Tuangkan adunan ke dalam acuan. 6. Bakar kek selama 20 minit pada suhu 170℃. 7. Sejukkan di atas rak kek dan hidangkan. Selamat mencuba...